Sunday, 26 September 2010

Tidur dulu

Hari ini saya jalan-jalan tengok wayang. Makan sedap-sedap lagi...Tidak lupa tengok wayang cerita "Magika" sangat best okay... Hari pun dah lewat malam. Saya tidur dulu..Night.

Monday, 20 September 2010

Isnin Kabur


Bila bercuti hampir 2 minggu atau lebih, time nak balik semula ke hostel atau rumah sewa mesti rasa malas gila. Apatah lagi lepas cuti raya macam baru-baru ini. Harapan-harapan di dalam diri setiap pelajar agar ada kuasa magika datang dan hantar text macam ini,

"sila informkan kepada yang lain, hari ini kelas _ _ _ pada jam _ _ _ _ am/pm di batalkan"

Huh betulkan, maaflah harapan tinggal harapan, kelas tetap kelas, wajib datang juga. Dah la dapat cuti awal, lagi ada hati nak cancel kelas lagi.

Tapi itu semua bila kita berada di semester 1 dan 2, masih muda setahun jagung, mentah, tak masak lagi, dan sok-sok suci. Tapi sekarang dah semester 5 pun, nak tak datang kelas pun malu, silap-silap jadi wanted dekat board sebelah HES tu, nanti tak dapat nak grad on time.

Hari ini, kelas saya bermula pukul 10:00 pagi bermula dengan kelas BEL 312, tak belajar pun cuma kitaorang teruskan dengan group assessment iaitu Role Play. Lepas habis, kita teruskan perbincangan isu semasa yang tengah hot,panas lagi meletup tentang Datuk Sosilawati.

12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. OMG! perut dah lapar je time masuk kelas waktu-waktu macam ini. Lagi-lagi bulan tak puasa macam ini. Kelas ETR 300, ulas balik syllabus yang dah belajar before cuti hari raya, tapi nampaknya majority dah lupa sebab banyak sangat makan ketupat semut, rendang semut, air semut masa hari raya hari tu. huhhu lupa da...
Miss yang risau kitorang nak Mid term this weekend.

Pukul 3:00 petang kelas AOM atau bahasa sanskritnya OMT 351, syllabus dah habis belajar, tinggal nak habiskan quiz 3 dan completekan past year paper.

Hari ini tak de lah padat sangat, okay la suam-suam kuku lagi. Yela baru naik cuti, jadi fikiran, hati dan perasaan masih lagi di rumah di samping keluarga dan sahabat handai.

Okay lah apa-apa pun selamat kembali ke Kolej, Universiti, Kolej Universiti, Sekolah, Madrasah dan semua institusi pengajian.

Good Luck..;')

Sunday, 19 September 2010

Percutian pada setiap AHAD


Dulu masa saya kecik-kecik setiap hari ahad abah mesti bawa saya, kaklong, kakngah dan adik jalan-jalan sekitar bandaraya Johor. Memang every weekend saya memang tunggu hari ahad. Hutan Bandar, Tasik Layang-layang Pasir Gudang, Angsana, Main Bowling, pergi Batu Pahat semata-mata nak makan Asam Pedas paling sedap di alam semesta, Jusco, Kota raya, mandi air terjun, dan macam-macam lagi tempat yang kami sering lepak-lepak dan jalan-jalan..

Tapi sekarang adik-beradik saya semua dah besar-besar, Kaklong dah kawin, Kakngah hujung tahun ini kawin, saya pula belajar, adik pula dah besar, jadi kami tak tak dapat luangkan masa bersama abah lagi. Abah pun dah sibuk sekarang. Bila sekarang saya ingat balik seronoknya jadi budak kecik macam dulu.

Sekarang, saya habiskan masa dengan hangout bersama kawan-kawan, tapi hari ini, Ahad saya di habiskan di asrama untuk buat preparation untuk hari esok, kerana esok saya dah start kelas. Its okay, segalanya berjalan lancar.


Saturday, 18 September 2010

Sempena "Contest Senyum Maneh"



Dimulakan dengan lafaz bismillah dan disertai dengan Assalamualaikum w.b.t untuk yang muslim dan salam satu Malaysia untuk yang bukan Islam.

Bagi saya ini buat julung kalinya menyertain contest dalam blog. Hari ini terbuka hati saya untuk join contest ni....Sebab hadiah? bukanlah.....tapi sebab saya
nak rapatkan diri dengan komuniti blogger di luar sana. Oppss...Maksud saya di dalam ini.

Pada pendapat saya senyuman manis lahir dalam dalam jiwa. Dengan senyuman yang manis hati yang panas membara akan menjadi sejuk bak ice cube dalam ice box.
Ada nampak gigi itu menjadi taruhan..

Senyuman yang manis perlulah menampakkan sedikit gigi, jika dikemam mulutnya atau ditutup itu adalah senyuman ayu bukan senyuman manis, tetapi seyuman manis menampakan sedikit batang giginya yang putih dan berseri.

Jadi selepas ini jika anda ingin menampakkan senyuman yang paling manis kepada ibu bapa anda, boyfriend anda, bakal mak mertua anda, rakan anda dan semua orang anda perlulah senyum menampakkan gigi anda.

Untuk melengkapkan lagi syarat peraduan saya mahu tag....lihat siapa yang kena...

Lonely


Lonely im so lonely,
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, im Miss. Lonely
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, ...

Hari ini saya balik Bandar Penawar, tempat saya belajar...
Keseorangan!! Nasib baik Kak Mek call saya, dia cakap dia balik hari ini juga, Azura pula balik malam ini. Jadi saya tak lah bosan sangat. Tapi saya keseorangan balik menaiki bas. Owh bukan keseorangan tapi ramai dengan penumpang yang lain. Mereka tidak keseorangan seperti saya.

Abah tak dapat hantar saya, dia pergi Kuala Lumpur. Umi pulak menghadiri rumah terbuka hari raya di Melaka. Saya?? Umm..Nasib baik saya mempunyai Kakngah dan adik, mereka berbesar hati nak hantar saya ke Larkin. Saya bersyukur...Itu pun sudah cukup bertuah...

Okay jangan rasa keseorangan lagi...