Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Selera Anak Dara

Assalamualaikum, heyy yaaa...

First week for new semester memang class untuk hooo haaa hooo haaa, jew lah, well kena kenal-kenal dengan lectures untuk subject-subject baru, ice breaking still traditional one, kena introduce yourself, name, asal mana, diploma apa, bla bla blaaa...and yang paling best, class mestilah habis awal.

So bermula la expidisi memasak di rumah sewa, nak cari recipe yang best, yang sedap, yang senang, yang tak banyak bahan, yang murah, yang bila masak dapat banyak, yang kenyang sampai ke malam, yang penting senang hati bila makan...so bila semua tuh menjadi, next boleh la masak lagi.

Menu hari ni Ikan Bakar air asam dan Kobis masak lemak putih. Actually nak masak pucuk paku masak lemak, tapi pucuk paku kat Econsave tak ada, so terpaksa la change tu kobis dan carrot.  So, kalau rasa-rasa nak masak macam nih punya mudah, bolehlah google menu. Okay.





Thursday, 17 February 2011

Akhirnya dia berbahagia....

Hari ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana, ...nak kata sedih tak jugak... tak sedih kau cakap (exboiperen da bertunang) dengan orang yang sangat-sangat cantik. ..dan baru tahu hari ini....
Sebenarnya, saya peminat Ally Iskandar time saya muda-muda dulu, (yelah baru umur 14, 15 tahun, tahun kegemilangan Ally la tu...)...Saya minat dia tahap apa pun saya tak tahu, tapi yang saya tahu dan nak bagitahu, adalah, saya ada album semua gambar dia, diary bercerita pasal dia, set tanda tangan dia (jangan gelak eh), surat-surat carbon copy yang bagi pada dia, dan saya pernah bagi hadiah pada dia (habis duit sekolah aku, beli hadiah dia) . Tapi,...surat saya satu pun dia tak balas....Takpe, minat still minat beb....Minat sebab dia, pandai belajar luar negara, handsome-handsome, berkarisma, pandai bercakap, bila cool dia cool, bila formal, dia formal...macam-macam lagilah...
Tak caya, tanya umi saya...
Tapi itu dululah, bila dah fikiran matang macam sekarang, dah tak buat dah...orang pulak uat kat kita, aha ade ke?? ade ke???

Hari ini, baru saya dapat tahu dia tunang dengan perempuan gadis melayu yang cantik sangat....Bagus-bagus dah sampai seru dah tu...Lagi satu Ally dah berumur jugak, sesuai dah...
Jadi, apa-apa pun, selamat Bertunang dan semoga berbahagia...

Prolog, Monolog
Abang Ally, abang ally ada tak adik lelaki sebaya saya? gedik*....

sesungguhnye, gambar-gambar dalam entri ini bukan milik saya...

Wednesday, 1 December 2010

Bulan Kahwin

Musim sekolah dan musim perkahwinan tiba lagi. Bulan November dan Disember tentulah purnamanya. Musim orang kahwin diadakan hujung tahun seperti pesta yang akan melanda seluruh negara. Apabila musim perkahwinan, setiap rumah akan menerima lebih dari satu jemputan seminggu, sehingga sukar untuk memilih undangan mana yang harus didahulukan. Waktu tu lah kita dapat berjumpa dengan jiran tetangga, keluarga terdekat, sahabat handai yang mungkin bertahun-tahun tidak berjumpa.

Berikut adalah perkahwinan artis yang di adakan hujung tahun.

1. Marion Counter dan SM Nasarudin


2. Elyana Emrizal dan Khairul Anuar


3.Raja Farah dan Megat Qhuyum


Tahniah daripada saya kepada semua pengantin dan bakal pengantin baru yang akan mengakhiri kehidupan bujang. Cinta yang terbina akhirnya disatukan jua dalam ikatan pernikahan yang suci. Jika perasaan rindu sering membara ketika bercinta, biarkan perasaan rindu itu kekal ke akhir hayat. Ouh terlebih suda..