Thursday 20 October 2011

Pilih Ruang untuk Bernafas

Kita, awak, saya dia, mereka, semua kadang-kadang memang tak sampai hati nak katakan TIDAK, untuk sesuatu perkara, ajakan yang menggoda jiwa, dan sikap yang nak jaga hati mereka-mereka menjadi satu batu penghalang untuk saya, awak, mereka, kita dan semua dan selepas itu, terus menerus hati merana.

Kadang-kadang tanpa belas kasihan dan sikap kejam boleh aje cakap TIDAK, tapi akan timbul rasa bersalah di lubuk hati nurani yang suci tuh...cewaaahh ayat....

So, lepas je siapkan nota health economic tadi, terfikir nak buat 10 fantastic ways to say NO. Saya akui memang susah nak katakan TIDAK.

So, lets check it out...

1. Nak Pinjam RM.
"Aku nak pinjam duit ko boleh tak?, nanti PTPTN masuk aku bayar"...
-So, korang lepas ni boleh la bagi ayat macam nih,..." Aku memang nak sangat bagi ko pinjam, tapi aku terpaksa simpan dari sekarang la, sebab nak langsaikan hutang PTPTN lepas habis belajar nanti".

2. Jom Hang Out.
Time tu, korang memang tak boleh keluar, mungkin sebab tengah pokai, mungkin juga tengah nak study, mungkin jugak pihak jagaan korang tak bagi...
-So lepas ni guna ayat nih " Aku memang nak sangat hang out dengan korang, tapi aku dah ada appointment dengan Lisa Surihani dekat twitter,"
tengok Kak Lisa pon senyum jeww...

3. Banyak Cakap.
Memang waktu nih, korang sibuk nak study, baru bukak chapter 1, geng dah ajak borak pasal mamat paling handsome dekat faculty, mana boleh lepas peluang tak dengar beb!...untuk kata TIDAK..Tiba-tiba korang teringat program yang tak galakkan couple time belajar,...so apa lagi...
-"Eh ABJZ (anda bijak jauhi zina), abjz, yes, abjz....astagfirullah hal azim..."...
tengok besar-besar lambang nih...

4. Makan-makan
Sesungguhnya korang memang berazam nak turunkan 1kg minggu nih, tapi kawan-kawan korang dah plan, nak makan makanan favorite korang...So, macam mana...
-" Aku bukan tak nak makan, aku rasa tak sedap badan la, jadi aku kena makan benda yang berkhasiat macam sayur atau buah, korang rasa tak???"


tengok macam tak berdosa kan...

5. Pinjam Harta Benda
Korang bukan kedekut nak bagi pinjam, tapi korang risaulah kalau-kalau barang tuh rosak, atau korang memang sayang sangat nak bagi pinjam, rasa memang tak sanggup...so....
-" Aku memang nak sangat bagi pinjam, tapi bukan untuk barang yang ini, sebab mak aku dah jampi kalau orang lain guna nanti mesti ada perkara buruk berlaku"

6. Buat party
Kawan korang ajak buat party makan-makan, pillow talk session, atau marathon movie, tapi korang tak da hati nak buat time tu, memang tak nak lah...so...
-"Mungkin bunyinya seronok, tapi sedihnya aku dah capai tahap quota berkata "Ia" untuk bulan ini. "


7. Naik Lif
Nak naik lif dekat Fakulti PengurusanPerniagaan dan Fakulti Sains Kesihatan memang mencabar, lagi-lagi pagi-pagi, kalau lif lambat, korang datang lambat memang terpaksa exercise
pada pagi itu dengan mendaki tangga sampai ke tingakat 14 (paling tinggi pernah naik)...so...
Tiba-tiba ada student yang nak mintak potong line,
-"Excuse me, awak, saya rasa class awak bukan kat block nih la, sebab orang yang naik lif nih semua bawa buku nih" sambil tunjukan buku subject korang...

tengok, macam bahagia je kan lif nih, terletak di ufuk timur tawwww

8. Mandi
Huh bagi yang suka mandi lambat time cuti, sampai kena tegur dengan housemate, tapi korang tetap akur, sebenarnya korang nak betul-betul rasa rehat, dan nak lari dari rutin korang...so..
- " Aku memang nak mandi, tapi aku dapat mimpi, air dekat kawasan perumahan ni dah kering di sebabkan sikap penduduk yang selalu bazir air, lalu ada seorang wira, mengarahkan semua penduduk mandi satu kali sehari semasa hari cuti"

9. Doktor gigi
Korang tahu, setelah umur menganjak sweet 21, gigi korang akan rapuh tak lama lagi, korang dari dulu memang serius takut jumpa doktor gigi, bagi korang doktor gigi amat menggerunkan...so..
" Ye umi, saya memang nak pergi jumpa doktor gigi, tapi doktor gigi yang betul-betul boleh merawat saya tak ada kat klinik tuh" so lepas ni, gosok la gigi, kalau tak nak jumpa doktor gigi selalu (setiap 6 bulan sekali)


10. Panggilan untuk kerja/ atau class
Masa nih, korang memang tengah berehat, bersenang-lenang di rumah, korang memah dah tahu tak da kerja, atau tak ada class untuk hari ini, tiba-tiba dapat panggilan untuk pergi kerja atau class, so korang..
-" Saya dapat tahu hari ini tak kerja/class, jadi mindset saya pun dah tahu perkara itu. Sekarang dia tak mampu untuk berkerja, jadi saya kena rehat untuk menggerakkan balik minda saya yang dah tertidur nih.."


Kesimpulannya, macam tuh la, kena semangat sikit untuk katakan TIDAK okey...
Senyum selalu dari saya...

Sunday 2 October 2011

Program itu menemukan aku dengan dia

Baru balik dari program GTE, stand for Gateway to Excellent. Adalah satu program yang di kendalikan khas untuk faculty business management di uitm Shah Alam dan Puncak Alam. Alhamdulilah objective daripada aktiviti itu dapat dicapai dengan jayanya.

Memanglah kalau cakap pergi ceramah, itu, ini, dengar orang bercakap dan kita menadah telinga untuk dengar, bukan semua orang suka, boleh la terima di jam pertama, tapi di jam seterusnya hanya body ada di tempat kejadian tapi soul dah melayang sampai ke negara England., teringat pula, pada Emily Nancy Pelucci tuhhh...

Okeylah, nampaknya tak sia-sialah pergi program tu, yelah dapat jumpa kekasih hati lama, cewwahhhh...amboi...teringat kenangan-kenangan pahit manis di sekolah, bila dah berjumpa dengan kawan sekolah juga...

Bahagia ouuhhh jumpa dia, tapi nasib baik dia first move, kalau nak tunggu saya, ouhh mestilah tidak,,...saya bukan tak nak first move, tapi bukan untuk perkara yang satu nihhh...bukan...memanglah zaman sekarang kisah cinta, (phheewwwww dah pandai update entry tentang kisah cinta....) perempuan juga boleh first move...patutlah sampai sekarang kau masih single...

Okeylah, nak cakap nih, saya bahagia dia tegur saya...tanya itu dan ini, ouuhh speechless saya, ber das-das soalan dia tanya, eh kau kat sini juga? course apa? duduk kolej ke luar? datang naik apa? aduhh ...okey dengan cool saya boleh jawab, tapi...time tu bus saya pon dah sampai, jadi saya tak sempat nak borak lama dengan dia, jadi saya cakap esok kita jumpa k...

Memang sah, malam susah nak lelapkan mata malam semalam, aduhhh..apakah semua ini....tak mungkin semudah itu...okey hari kedua pulak, memang betul-betul speechless,...tapi saya first move tau kali ini, ...tapi lepas tu terus speechless, memang tak da idea nak cakap, ..jadinya tergantunglah sampai situ..

Harapan pula, harap dapat jumpa dia lagi...ouuhhh gatal sungguh kau....